Rabu, 19 September 2012

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


PENGURUSAN GRAFIK PERBEZAAN DUA SUKU KAUM ETNIK
DI SABAH.
1.PENGENALAN

1.1.Suku Kaum Bajau.
Masyarakat Bajau adalah merupakan satu suku yang terkenal dengan pangilan Bajau atau pun Sama .Suku Kaum ini merupakan satu masyarakat Peribumi yang mempunyai populasinya adalah yang kedua besar di negeri sabah.Kebanyakan masyarakat bajau mendiami kawasan semporna yang dipanggil Bajau Laut dan kawasan Kota Belud yang dipanggil Sama Kota Belud.Dari segi sejarahnya,Kaum Bajau ini terkenal dengan kepakarannya menunggang kuda . Kuda merupakan satu lambang keberanian yang sering dikaitkan dengan kaum lelaki Bajau .Masyarakat Bajau ini tidak ketinggalan dalam mengamalkan beberapa pantang larang dan adat resam yang masih lagi diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.Dalam  ikatan hidup bermasyarakat yang penuh dengan harmoni dan berkerjasama adat resam menguatkan lagi pegangan terhadap amalan adat resam seperti Kelahiran,Perkahwinan ,Kematian,dan Perayaan.
Adat-adat tersebut amat dititikberatkan untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan.


1.2.Suku Kaum Kadazan

Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri sabah.Masyarakat ini dahulunya dikenali sebagai kaum Dusun.Masyarakat ini dikenali kaum Dusun kerana penempatan mereka yang jauh dari pekan atau bandar.Masyarakat ini suka mendiami tempat-tempat yang berdekatan dengan kaki bukit.Ini kerana suku kaum ini suka bercucuk tanam.Timbulnya nama Dusun kerana masyarakat ini suka berkebun dan bertanam pokok-pokok seperti buah-buahan.Walau bagaimana pun masyarakat ini mempunyai keunikan yang tersendiri melalui adat resam yang mereka anuti.Adat resam ini diperturunkan dari amalan nenek moyang mereka.Kebanyakan adat resam yang diamalkan mengandungi unsur ritual dan animisme.Ini ditunjukkan dari aspek perkahwinan,kematian kelahiran dan kebudayaan.









1


2. Pengurusan Grafik.

Dalam mengenali dengan lebih dekat lagi kedua-dua masyarakat ini,mari kita melihat data pengurusan grafik yang akan menerangkan beberapa perbezaan dan persamaan diantara dua suku kaum ini.
PERSAMAAN
Masyarakat Bajau dengan Kadazan
PERBEZAAN
Masyarakat Bajau dengan Kadazan

1.Perkahwinan

1.Penempatan

2.Kelahiran

2.Pertuturan

3.Makanan

3.Kematian

4.Perubatan

4.Agama

5.Pakaian

5.Perayaan

3.PERSAMAAN ANTARA MASYARAKAT BAJAU DENGAN MASYARAKAT KADAZAN

3.1.PERKAHWINAN
            3.1.1.Perkahwinan masyarakat bajau dan kadazan mempunyai persamaan.Sebelum hari bersanding,kedua-dua masyarakat ini akan melalui adat merisik dahulu iaitu dalam bahasa bajau mendo dan bahasa kadazan ialah dipangil tasor.Setelah habis merisik lalu adat meminang pun diteruskan yang dipanggil seruan bahasa bajau .Dalam adat ini pihak lelaki dan perempuan akan berbincang hantaran yang akan di minta dan diberi.Dalam tempoh bertunang kedua masyarakat ini amat mementingkan adat bertempoh iaitu pasangan bertunang tadi tidak dibenarkan keluar bersama-sama untuk mengelakan pekara-pekara yang tidak baik berlaku.Dalam menyambut perkahwinan tersebut kedua-dua masyarakat ini mempunyai persamaan yang unik iaitu bermain muzik.Sepanjang tempoh hari perkahwinan itu ianya disambut tiga ke lima hari sebelum hari bersanding,bermula dengan majlis bertitik, berunsai,berkalang majlis ini akan diikuti dengan persembahan tarian ataupun bersilat.Majlis ini akan dilakukan setiap malam hingga kelarut malam.Dalam hal ini urutan untuk perkahwinan itu adalah sama daripada merisik hinggalah ke perkahwinan.

2


Setibanya hari bersanding,pengantin lelaki akan diiringi dengan bunyi-bunyi alat-alat muzik seperti Bebandil dan Gong.Sampai dirumah pihak perempuan pengantin lelaki akan disambut dengan dentuman bunyi senapang patah.Pihak lelaki akan disambut dengan muzik yang diiringi tarian yang dipersembahkan dan baharulah majlis bersanding berlangsung.

3.2.KELAHIRAN

3.2.1.Dalam adat menyambut kelahiran ianya bermula dengan menjaga kandungan dahulu.Dalam masyarakat Bajau dan Kadazan apabila siibu diketahui mengandung,maka bermula lah adat berpantang.ia bertujuan untuk menjaga keselamatan diri dan kandungan siibu.Bidan merupakan orang yang bertanggung jawab menjaga bayi dan ibu sehinggalah tiba masa melahirkan.Antara pantang larang itu ialah wanita mengandung tidak dibenarkan makan makanan yang berjanggut seperti udang,sotong,ketam.ini adalah kerana ditakuti bayi yang dilahirkan akan menjadi banyak jari tanggan atau kaki.Manakala si bapa tidak dibenarkan kelaut atau membunuh sebarang serangga atau binatang ini kononnya anak yang dilahirkan akan terkena Kenan atau terkena Badi.Tidak boleh menjahit,ditakuti anak akan lahir cacat.Apabila tiba masa lahir siibu dan bayinya akan dibidankan oleh bidan yang ditempah.Dalam tempoh berpantang siibu dan bayi harus memakai kain sarung atau  baju yang berwarna hitam ini untuk mengelakkan ibu dan bayi tadi diganggu makhluk halus.Ketika menanam  tembuni ,ayah pada bayi tersebut akan melakukan tugas ini.Tembuni tadi dibasuh bersih dan ditanam bersama beberap barang seperti paku,kain putih dan tempurung kelapa.Apabila tiba malam hari siayah akan menyalakan lilin atau lampu pelita  pada tembuni yang ditanam tadi,agar tidak diganggu atau kononnya supaya bayi tadi hidupnya apabila besar nanti mempunyai kehidupan yang cerah.Bermula dari bayi itu lahir ,keluarga yang berkenaan akan mengadakan keramaian iaitu malam berjaga,yang membawa maksud majlis berjaga malam selama tujuh hari berturut-turut.Sanak saudara atau jiran terdekat akan datang memeriahkan majlis itu.Bertangas ialah cara untuk siibu berubat sewaktu berpantang.Dimana waktu pagi dan petang akan dihidupkan api disatu tempat didalam rumah dan ibu pada bayi tadi diasapkan diatas api tadi ,ini mengelakkan penyakit bentan dikalangan ibu-ibu yang masih dalam pantang.Ini jelas bahawa kedua-dua suku kaum ini masih berpegang teguh dalam menggamalkan adat resam dan kepercayaan mereka.



3



3.3.MAKANAN

3.3.1.Makanan merupakan satu lagi rugi yang disamai oleh suku kaum Bajau dan Kadazan.Kedua-dua suku ini makanan utama mereka ialah nasi.tetapi bagi masyarakat bajau dan kadazan apabila bangun pagi sarapan utama mereka ialah tompeh.Tompeh ialah sejenis kueh yang dibuat daripada tepung sagu atau tepung gandum.Makanan ini adalah sebagai alas perut untuk pergi ke bendang atau dusun.Apabila kaum lelaki masuk ke hutan ,mereka akan dibekalkan sejenis makanan iaitu nasi yang dibungkus didalam daun pokok keembung.Satu lagi makanan yang unik dalam kedua suku ini ialah makanan Tapai Nasi.Tapai ini di perbuat daripada nasi putih yang dicampurkan dengan tapai,gula dan sedikit air.Apabila proses menapai ini siap nasi tadi akan dibungkus didalam daun keladi atau daun kembong.Daun tadi dilipat dengan kemas dan disusun didalam Tudung Duang.Proses menapai ini bermula diwaktu pagi.Mengikut kepercayaan kedua –dua suku ini,menapai nasi tidak boleh dibuat diwaktu tengah hari atau petang,ini kerana tapai tadi akan masam dan tidak menjadi.Seelok-eloknya ianya dibuat disebelah pagi.Tapai yang siap dibungkus diletak dalam tudung duang dan lebihan daun tadi akan diletak diatas tapai yang disusun tadi untuk memanaskan tapai itu.Kemudian tudung duan tadi akan di balut dengan kain dan disimpan semalaman .Keesokkan paginya barulah tapai tadi dibuka dan baunya akan mengharumkan didalam rumah.Mengikut adat suku ini orang yang membuat tapai itu adalah orang yang seharusnya membuka tudung duang tadi ini kerana apabila kita makan tapai tadi rasanya amatlah manis.









4






3.4.PERUBATAN

Perubatan merupakan amalan yang masih diguna pakai oleh kedua-dua suku kaum ini.Perubatan secara kampung masih lagi jadi pilihan .Berubat dengan jampi mentera mengubati pesakit merupakan pilihan utama.Walaupun perubatan masa kini lebih moden dan penuh dengan peralatan yang canggih tetapi ilmu perubatan kampong masih digunakan.Sebagai contoh seorang bayi yang menanggis berpanjangan akan di jampi oleh bomoh.Kononnya bayi tersebut terkena Sampuk orang Alus-alus.Seorang tok bomoh atau mak bomoh akan menjampi bayi dengan alatan seperti asap yang datangnya dari kemenyan,daun siri dan telur.Tetapi generasi  sekarang lebih suka menggunakan perubatan cara moden,walaubagaimanapun untuk pengetahuan anak-anak muda zaman sekarang amalan ini masih diteruskan walaupun bilangan yang mengamalkannya amatlah sedikit.


3.5.PAKAIAN

Pakaian merupakan lambang kepada sesuatu kaum yang terdapat di Negara Malaysia.Bagi negeri Sabah di Bawah Bayu terdapat banyak kaum dan etnik yang menetap di negeri itu.Dalam kajian ini saya menghuraikan persamaan diantara kaum Bajau dengan Kaum Kadazan yang merupakan dua suku kaum yang besar menjadi penduduk di negeri bawah bayu itu.Bagi suku kaum Bajau ,mereka terkenal dengan pakaian yang dinamakan  Ala Bimbang.Pakaian ini sering digunakan ketika majlis perkahwinan atau satu-satu keramaian yang melibatkan orang ramai.Pakaian ini melambangkan keagunggan suku kau bajau ketika dahulu.Sementara pakaian suku kaum Kadazan pula dinamakan Sinipak.Pakaian ini sering digunakan ketika menyambut majlis perkahwinan.Ia diperbuat daripada kain baldu.Kalau Baju Bajau sering dikaitkan dengan warna Kuning dan Hijau,kaum Kadazan pula pakaiannya berwarna hitam Baldu.Kedua-duanya sama ,ia digunakan untuk majlis persandingan dan tarian.






5


4.PERBEZAAN MASYARAKAT BAJAU DENGAN MASYARAKAT KADAZAN

            Berdasarkan perbincangan ,terdapat beberapa perbezaan yang terdapat dalam suku kaum Bajau dengan suku kaum Kadazan.Perbezaan ini terbahagi kepada lima bahagian yang saya akan huraikan untuk pengetahuan semua.


4.1. PENEMPATAN
            Umumnya masyarakat Bajau Kota Belud  mendiami sekitar pekan dan kampung.Suku kaum ini amat suka berniaga dan bersawah padi. Bagi yang tinggal disekitar pekan ,mereka berniaga dengan membuka kedai makan atau istilah lainnya Restoran.Bagi perempuannya pula mereka berniaga digerai-gerai buah dan sayur.Sementara yang tinggal di kampung,mereka lebih suka bersawah padi serta menternak binatang seperti kerbau,kambing dan lembu.Kuda merupakan alat pengangkutan sewaktu zaman dahulu.Bagi masyarakat Kadazan pula mereka lebih suka menduduki atau mendiami kawasan yang jauh ke pendalaman.Duduk atau tinggal di sekitar lereng-lereng bukit dan ditepi anak sungai.Suku kaum ini lebih suka berdusun atau menanam pokok buah-buahan.Mereka juga rajin bercucuk tanam seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Sungai merupakan jalan penganggkutan darat bagi suku kaum ini.Untuk pengetahuan, mereka sering menggunakan sungai bagi kehidupan seharian seperti mandi,air sungai sebagai punca untuk minuman dan memasak.
Suku kaum ini juga bercucuk tanam seperti padi ,tetapi mereka menanam padi dilereng-lereng bukit.Dan itulah timbulnya nama Padi Bukit dikalangan masyarakat di sabah.
Dalam memilih tempat tinggal,kedua-dua suku ini mengamalkan satu tradisi yang diwarisi oleh golongan –golongan anak muda pada masa kini.










6

4.2. PERTUTURAN

Dalam menggunakan bahasa pertuturan seharian atau komunakasi harian kedua –dua suku kaum ini mempunyai keunikan bahasa tersendiri.Suku kaum bajau berkomunakasi dengan menggunakan bahasa bajau iaitu yang dipanggil Sama kota belud manakala suku kaum kadazan pula menggunakan bahasanya yang dipanggil bahasa dusun atau eddaan dikawasan kota belud.Walau bagaimanapun apabila kedua-dua suku ini bertemu atau berkomunakasi mereka menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan.

4.3.KEMATIAN
           
            Bagi Masyarakat Kadazan,mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh melalui andaian dukun yang datang dalam mimpi.terdapat beberapa perbezaan kematian suku kaum kadazan dengan kaum bajau.Beberapa proses akan dilakukan ketika berlakunya kematian seperti ketua suku akan mengkhabarkan akan kematian tersebut supaya seluruh kampong tahu dan ahli keluarga tidak dibenarkan sesekali berkerja pada masa itu.Mayat dimandikan dan dilap badannya kemudian akan di pakai pakaian yang cantik-cantik.Mayat itu juga akan di berikan makan atau kalau si mati tadi seorang peroko maka ahli keluarga wajib member rokok kepada si mati dengan meletakkan rokok di mulut si mati kemudian akan diletak dirumah selamat lima hari untuk dijaga supaya tidak akan dilangkahi oleh kucing hitam atau burung hitam.Apabila genap lima hari maka mayat tadi akan diletakkan kedalam tajau atau sejenis alat menyerupai tempayan.Tempayan tersebut akan ditanam separuh dan mayat tersebut akan dibiarkan didalam tajau dan akan dibina pondok kecil untuk melindungi mayat tadi.
            Bagi masyarakat bajau pula kematian merupakan satu kehilangan yang besar dalam keluarga tersebut.Sewaktu kematian berlaku ahli keluarga akan mengumumkan kepada keluaarga yang lain dan untuk orang ramai gong akan dipalu sebagai pemberitahuan.Mengikut adat bajau proses memandikan si mati samalah dengan masyarakat melayu di semenanjung.Bermula dengan memandikan jenazah sehinggalah mengkebumikan mayat prosesnyan mengikut istilah islam.Walau bagaimanapun ada juga beberapa adat yang diselitkan seperti berjugo iaitu menggumpulkan ahli keluarga simati dengan bermalam di rumah simati.



                                                                     7
4.4.PERAYAAN.

            Kedua – dua suku kaum ini mempunyai perayaan yang unik.Bagi suku kaum Bajau mesyarakat ini menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Haji.Manakala Suku Kaum Kadazan mesyarakat ini menyambut Hari Tadau Keamatan.Dimana mesyarakat ini menyambut hari Pesta Menuai.Pesta ini dirayakan sempena hari habis menuai.Kononnya pesta ini akan meraikan semangat padi yang mereka tuai.Bambazon adalah cerita lama yang mana sepasang suami isteri dan seorang anak mereka merasa lapar kerana tiada makanan.
            Pesta kaamatan merupakan upaca khas buat Bambazon iaitu semangat padi.Menurut cerita lisan orang kedazan dusun,Kinoingan iaitu Tuhan dan isterinya Suminundu mengorbankan anak kesayangan mereka iaitu Huminodun demi menyelamatkan orang kampong yang kebuluran ketika itu.Dan waktu itu lah diatas kubur Huminodun tumbuh serumpun padi yang banyak .Dari situ bermulanya cerita Bombazon dan disambut dengan Pesta.
            Bagi masyarakat suku kaum bajau pula sebarang pesta tidak di galakkan .Mesyarakat ini seperti juga mesyarakat melayu di semenanjung  yang meraikan hari kebesaran islam seperti ,menyambut Hari Raya Aidil Fitri,Hari Raya Haji,Maulidurasul dan hari-hari kebesaran yang lain.



4.5.Agama.
            Kedua-dua suku kaum ini mempunyai agama yang berlainan.Bagi mesyarakat bajau suku kaum ini beragama islam,manakala mesyarakat kadazan mereka beragama kristian.Walau bagaimanapun kedua-dua suku kaum ini hidup aman dan mengamalkan hidup berkerjasama dan hubungan perpaduan yang amat tinggi dan mendalam.Mereka hidup dengan sikap hormat-menghormati agama masyarakat lain.









8

5. PANTANG LARANG MASYARAKAT BAJAU KOTA BELUD.
            Terdapat beberapa adat dan pantang larang yang masih lagi diamalkan atau di jaga dengan baik oleh suku kaum Bajau di Daerah Kota Belud.Adat-adat ini atau pantang larang ini masih di pegang kuat oleh masyarakat ini.Diantara pantang larang tersebut ialah,ketika menyambut kelahiran,kematian,perkahwinan,adat bercukur,adat memuja dalam perubatan dan terdapat banyak lagi.Dalam hal kematian terdapat beberapa pantang larang yang diamalkan oleh suku kaum ini.Amalan-amalan ini merupakan adat-adat yang telah dibentuk sejak zaman dahulu lagi dan tidak boleh tidak ia masih dan mesti dipatuhi untuk kesejahteraan si mati dan keluarganya,mala untuk mengelakakn  berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Namun begitu kemasukan unsur-unsur agama islam sedikit sebanyak mengubahkan kesesuaian adat dan kepercayaantersebut selaras mengikut syariat islam.Berikut merupakan satu amalan yang sering diadakan sewaktu atau semasa kematian berlaku.

5.1.Upacara Ketika kematian.

5.1.1.Bengkai-Bengkaian
            Sewaktu kematian berlaku pihak keluarga simati akan menghebakan kematian tersebut kepada sanak-saudara memberitahu ehli keluarga yang dekat dahulu,kemudian wakil keluarga akan memberitahu ketua kampong untuk memaklumkan kepada masyarakat kampong yang terdekat.Apabila simati telah selamat dikebumikan maka adat pun bermula pada malam pertama simati dialam barzah.Pihak keluarga mula membentang satu tilam atau tikar di tengah rumah,dimana tilam tersebut atau tikar tadi adalah kepunyaan simati.Ia bertujuan untuk meletakkan pakaian atau barangan simati.Amalan atau adat ini bertujuan untuk mengenangkan simati.Bengkai-bengkaian tersebut diletakakn sepanjangn hari selama tujuh hari berturut-turut.Setelah genap tujuh hari pakaian atau barangan tersebut akan disedekahkan kepada orang yang memandikan simati tadi atau orang hidup susah.

5.1.2.Berjogo atau Berjaga
            Berjogo dilakukan untuk menjaga bengkai-bengkaian tadi.Ahli keluarga bergilir-gilir menjaga atau berjogo bengkaian tadi.Pada malam hari selama tujuh hari tersebut rumah si mati akan dipenuhi oleh ahli keluarga dan penduduk kampong yang berdekatan datang turut serta dalam berjogo ini.Ianya bertujuan untuk mengelakkan daripada simati diambil oleh makhluk lain yang dinamakan Balan-Balan.Juga ditakuti binatang seperti kucing datang mendekati bengkaian tadi akan mengejutkan simati dan bangkit dari kubur.

9


Sepanjang berjogo ini ahli keluarga akan bergilir-gilir membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada simati.Menurut cerita orang tua-tua zaman dahulu,apabila balan-balan ini dapat menjelirkan lidahnya kearah bengkai-bengkaian ini,dipercayai mayat simati tadi telah diambil oleh balan-balan tersebut.Oleh sebab itulah bengkai-bengkaian ini amat dijaga dan tidak dibiarkan begitu saja tanpa seorang wakil.

5.1.3.Pesuuk.
            Setelah mayat tersebut selesai dimandikan,ahli keluarga boleh melihat wajah si mati ketika hendak dikapankan.Selepas itu mayat tadi di sembahyangkan dan diletakkan didalam kapan dan yang dibuat dari buluh yang ditutup dengan kain yang  mempunyai tulisan ayat-ayat al-quran.Diatas keranda itu akan diletak kain dan dihias dengan bunga pucuk pinang yang dianyam menggunakan benang.Apabila semua selesai keranda itu diturunkan dari rumah dan diangkat oleh ahli keluarga.Imam kampong akan membacakan satu amanah atau amanat kepada orang kampung yang datang menziarahi simati tadi.Sebelum bergerak menuju ke perkuburan ,semua ahli keluarga ,sanak saudara simati akan lalu dibawah keranda sewaktu diangkat tadi sebanyak tiga kali.Ia dipanggil sebagai ‘Pesuuk’, ini bertujuan agar ahli keluarga tidak akan merindui simati dan sebagai penghormatan yang terakhir.

5.1.4.Mesedua atau Kenduri Arwah
            Mesedua atau kenduri arwah ini akan dilakukan setiap pagi dan petang selama tujuh hari berturut-turut.Setelah sampai hari ketuju akan diadakan satu kenduri khas yang dipanggil Mangan Bangi .Kenduri ini akan memberi satu pek makanan yang dipanggil Duang .Makanan tadi akan dimasukkan kedalam Tembusa dan diagih-agihkan kepada orang yang datang kenduri tadi.Kenduri ini akan berterusan sehingga ke seratus hari.Dan pada hari yang terakhir inilah kenduri besar-besaran akan diadakan dan jiran-jiran terdekat juga boleh memberi Duang sebagai tanda sokongan kepada keluarga simati.








10
6.PANDANGAN DAN PENDAPAT

            Setelah kita mengkaji dan memahami apa yang ada disebalik keunikan adat resam kedua-dua etnik tersebut,dapat disimpulkan dari sudut pandangan saya ,adat resam ini perlu di teruskan dan harus diketahui oleh generasi muda pada zama ini.Walaupun sesetengah perkara tidak sesuai untuk di ikuti tetapi perlu diketahui dengan cara memperkenalkan adat ini dengan cara membuat pameran atau pertunjukan sahaja,ini kerana keunikan sesuatu kebudayaan adat resam yang diwarisi amat unik untuk diketahui sebagai pengetahuan dan pengalaman mengenali sesebuah adat resam satu-satu kaum di Malaysia terutama keunikan masyarakat di negeri Sabah.
            Pada pendapat saya,ia perlu diperkenalkan kepada masyarakat lain dengan cara membuat pameran atau majlis yang menyerupai situasi sebenar adat itu.Walaupun ada yang tidak releven untuk kita anuti tapi perlu diketahui sebagai pengetahuan.Walaubagaimanapun masyarakat dimalaysia begitu kaya dengan adat resam dan kepercayaan berbagai kaum.Dan kita sebagai mesyarakat majmuk perlu mengambil tahu serba sedikit akan keunikan kebudayaan yang dianuti oleh mesyarakat yang lain.
            Mari kita sama-sama memupuk sikap hormat-menghormati kebudayaan dan adat resam setiap masyarakat yang ada di Malaysia in.

           









11


Rujukan:
1.    Haji Ismail Abbas ( Amil Jaya),Bagaton (1987)

2.    K.Bali – Abdul Rahman Abdullah.,Autobiografi:Dari Tedong ke Borneo(1992)

3.    Haji Harun Hj Salleh: Karya,Liku-liku Perjalanan.



4.    Nagarakartagama:oleh Prapancha(1369)

5.    United Nations Tveaty Collection:United Nations(julay1963)
          Capaian 2010 – 07 – 29

6.    ( Bahasa Melayu)Warisan Budaya Keaamatan (http://sabah.edu.my/skm015.wedd/kaamatan.htm)


7.    Sharifah Md.Nor(2000).Keberkesanaan sekolah:Satu perspektif sosiologi.Serdang:Universiti Putera Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan