Ahad, 23 September 2012

hubungan etnik

1.Pengenalan 1.1.Sejarah Perlembagaan Malaysia Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia. 1 2 . DEFINISI PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. 3. KONSEP PERLEMBAGAAN Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Oleh itu perlembagaan negara telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ini diperuntukkan dalam jadual kesembilan perlembagaan persekutuan,kuasa perundangan di bahagikan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. Ini bermakna kuasa membuat undang-undang sama ada oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah ditetapkan oleh perlembagaan. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini bertujuan bagi menjamin kelicinan perjalanan sistem persekutuan dan juga mengelakkan atau menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang mungkin timbul. Pembahagian kuasa berkenaan meliputi bidang perundangan, eksekutif, hal ehwal tanah dan kewangan. 2 Senarai persekutuan meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, kewarganegaraan, perdagangan dan perusahaan, undang-undang sivil dan jenayah, perkapalan, pengangkutan, kesihatan, perikanan, perhubngan syarikat kerjsama dan lain-lain.Senarai negeri pula meliputi pertanian, perhutanan, tanah, kerajaan tempatan, hal ehwal agama Islam, adat istiadat orang Melayu, jentera pertadbiran kerajaan negeri, kerja-kerja air, hari-hari kelepasan am negeri, penyu dan penangkapan ikan disungai dan lain-lain. Senarai bersama pula meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, pemaritan dan pengaliran, kesihatan awam, ternakan binatang, perancangan bandar dan desa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan mempunyai keistimewaan dalam senarai bersama. Sekiranya terdapat undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang negeri itu hendaklah terbatal setakat mana bercanggah dengan undang-undang persekutuan itu. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sumber-sumber hasil yang terpenting kepada kerajaan persekutuan. Secara umum, kerajaan Negeri bergantung kepada sumber kewangan kerajaan persekutuan kerana sumber-sumber pendapatannya daripada hasil tanah, hutan, galian, cukai hiburan, zakat fitrah dan lain-lain adalah terhad. Kerajaan persekutuan juga merupakan pihak berkuasa pencukai yang utama. Secara purata, kira-kira satu perempat daripada hasil kerajaan negeri datang daripada pemberian kerajaan persekutuan. Dua jenis pemberian yang wajib diberi kepada semua kerajaan negeri pada tiap-tiap tahun ialah pemberian mengikut bilangan orang dan pemberian jalan raya berasaskan berapa batu panjangnya jalan raya negeri berkenaan. Bantuan-bantuan lain yang boleh diberi oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri ialah bantuan bagi maksud khas misalnya kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan negeri, bantuan pembangunan dan bantuan menambah hasil negeri. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak diberi pembarian-pemberian khas tambahan yang tertentu. 3 4 . POLITIK DALAM PERLEMBAGAAN Sesebuah negara perlu mempunyai peraturan atau undang-undangnya sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan: i. organisasi kerajaan. ii. pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah iii. prinsip untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan. Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan.. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemeritahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Selepas Perang Dunia II British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Malayan Union bukan sahaja melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu, malah hak kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap percubaan menghapuskan hak dan masa depan orang Melayu. selepas diperkenalkan Sistem Ahli, British memperkenalkan pula sistem pilihan raya. Tujuan British mengadakan pilihanraya ialah: 1- sebagai strategi memenagi fikiran rakyat untuk memerangi komunis di Tanah Melayu. 2- pilihanraya itu juga untuk menggalakkan perkembangan parti-parti politik berhaluan kanan untuk melawan ancaman Parti Komunis Malaya. 3- pilihanraya itu dapat memastikan proses peralihan kuasa dapat dilakukan melalui saluran perlembagaan secara beransur-ansur. 4- Pilihanraya itu dapat mendedahkan penduduk tempatan kepada proses pemerintahan demokrasi, seperti pembuangan undi, pilihanraya dan lain-lain. Pilihanraya pertama diadakan pada tahun 1951 ialah Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang.Pada tahun 1952 Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan -UMNO & MCA bergabung jadi Parti Perikatan.Memenangi 9 daripada 12 kerusi. Kemudian diikuti JOhor Bharu Pada tahun 1955 - pilihanraya Umum pertama diadakan- MIC sertai Perikatan - memenangi 51 daripada 52 kerusi. 1 kerusi dimenangi oleh PAS. Tenku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. 4 Perkara yang menjadi impian rakyat Tanah Melayu setelah Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan ialah kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diperolehi dengan saluran perlembagaan. Selain itu kemerdekaan Tanah Melayu juga hendaklah diperolehi dalam masa dua tahun selepas pilihanraya tersebut. Impian penduduk juga ialah tidak mahu lagi duduk lagi di bawah pemerintahan penjajah British. Penduduk Tanah Melayu juga mengharapkan supaya diadakan pertemuan dengan Parti Komunis Malaya agar ancaman komunis ditamatkan dengan segera. Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan. Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik, organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain. Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada perkembangan politik di tanahair kita iaitu kedudukan RajaRaja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan. Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memheri hak yang sama rata di kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara rnasih menghadapi keadaan Darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui kesetiaan orang Cina, Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju hertolak ansur menerima prinsip jus soli. Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu. pemimpin bukan Melayu dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan Raja Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan. bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. 5 Keempat-empat perkara itu sebenarnva adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Unsur-unsur tersebut adalah satu keunikan yang terdapat dalam perlembagaan negara kita jika dibandingkan dengan perlembagaan negaranegara Komanwel yang lain seperti India dan Kanada. Institusi Kesultanan Melayu telah pun wujud sejak zaman berzaman. Institusi ini adalah warisan sistem politik Melayu yang menjadi lambang kemegahan dan pernaungan orang Melayu. Pemerintahan Raja Raja Melayu berterusan kerana adanya sokongan rakyat. Agama Islam telah menjadi agama rasmi di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan British. Penjajah British tidak campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam. Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja Raja Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan di Gugusan Kepulauan Melayu sejak berabad-abad lamanya. Bahasa Melayu menjadi bukti orang Melayu mempunyai alam dan budayanya dan ia juga menjadi petunjuk kepada perkembangan tamadun orang Melayu. Kedatangan penjajah British tidak menghapuskan bahasa Melayu, namun demikian bahasa Melayu semakin kehilangan nilainya dalam sistern perdagangan antarabangsa dan pengurusan negara. Penerimaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bererti bermula satu proses pemulihan ke arah kegemilangannya seperti semasa zaman tradisional. Ketika itu, semua urusan perdagangan menggunakan bahasa Melayu dan ini membuktikan bahasa Melayu mempunyai nilai antarabangsa dari segi ekonomi dan politik. Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah satu perkara baharu. Perkara ini telah dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Pakatan murni telah berjaya membentuk sebuah kerajaan demokrasi. Pakatan itu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa, kerana negara kita menjadi sebilangan kecil negara di dunia yang terus mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam kerajaan demokrasi berparlimen. Pakatan murni yang telah dipersetujui oleh para pemimpin kita sebelum merdeka adalah bertujuan mencapai perpaduan kaum, mewujudkan satu masyarakat yang adil dan bermuafakat bagi membolehkan kekayaan negara dibahagikan secara saksama. 6 6 . KEPENTINGAN EKONOMI DALAM PERLEMBAGAAN Dasar ekonomi adalah penting bagi sesuatu negara untuk mencapai matlamat yang diingini. Matlamat ekonomi yang hendak dicapai oleh semua negara melalui dasar makroekonomi, termasuk Malaysia ialah tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga umum, meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan memperbaik imbangan pembayaran. Adalah sukar bagi mengekalkan tingkat guna tenaga penuh pada setiap tahun. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara asing akan merebak ke negara lain melalui perdagangan antarabangsa atau kesan globalisasi. Akibatnya negara itu juga akan mengalami kemerosotan ekonomi dan pengangguran yang semakin tinggi. Kestabilan tingkat harga umum juga sukar dikekalkan apabila taraf hidup masyarakat semakin tinggi dan diikuti oleh kemudahan kredit yang semakin meluas serta beberapa faktor luaran seperti kenaikan harga petroleum dan gas dunia. Kesannya, permintaan agregat meningkat dan harga umum turut naik. Malaysia pernah mengalami pertumbuhan ekonomi yang positif dan negatif semenjak tahun 1980. Matlamat dasar makroekonomi adalah untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang positif dan semakin meningkat supaya taraf hidup penduduk negara berkenaan semakin meningkat. Manakala kurangan dalam imbangan pembayaran sesebuah negara akan mengurangkan rizab pertukaran asing negara berkenaan. Maka matlamat dasar makroekonomi adalah untuk mewujudkan lebihan dalam imbangan pembayaran supaya akan meningkatkan rizab pertukaran asing. Terdapat beberapa dasar yang selalu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu dasar fiskal, dasar kewangan, kawalan langsung dan dasar sebelah penawaran. Dasar fiskal ialah dasar perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai bagi mengatasi inflasi dan kemelesetan ekonomi. Terdapat dua jenis dasar fiskal iaitu pemantap automatik dan dasar budibicara. Pemantap automatik adalah alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik (Lai Mooi Chang, 2001). 8 Terdapat beberapa jenis pemantap automatik iaitu pengenaan cukai, bayaran pindahan kerajaan dan dasar harga maksimum-minimum. Semasa ekonomi melambung, pendapatan masyarakat akan meningkat dan seterusnya permintaan agregat meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan tingkat harga umum naik, pengenaan cukai pendapatan akan mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat. Begitu juga dengan bayaran elaun pengangguran (negara-negara maju sahaja yang memberi elaun pengagguran) yang turut dikurangkan. Serentak dengan itu juga dasar harga maksimum akan dilaksanakan bagi menghalang kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga maksimum. Akibatnya, peningkatan permintaan agregat dapat dikurangkan. Keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan tingkat harga umum. Dasar kewangan pula merupakan langkah-langkah bank pusat untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar bunga. Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif (Lai Mooi Chang, 2001). Dasar kewangan kuantitatif ialah langkah-langkah bank pusat mempengaruhi penawaran wang dan kadar bunga manakala dasar kewangan kualitatif ialah langkah-langkah bank pusat mempengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan. Pada masa inflasi iaitu kenaikan tingkat harga umum berterusan dan tidak terbatas, perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat. Maka pelaksanaan dasar kewangan menguncup yang menyebabkan pengurangan bekalan wang dan kenaikan kadar bunga dapat mengurangkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawarn agregat untuk mengurangkan inflasi. Manakala pada masa deflasi iaitu kadar pengangguran yang tinggi, perbelanjaan agregat kurang daripada penawaran agregat. Hal ini menyebabkan bank pusat melaksanakan dasar kewangan mengembang yang mnyebabkan pertambahan bekalan wang dan kejatuhan kadar bunga dapat menambahkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawaran agregat untuk menggerakkan ekonomi negara seterusnya akan dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. 9 7 . HUBUNGAN SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN Kontrak sosial seharusnya tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Formula kontrak sosial antara kaum telah dipersetujui oleh semua pemimpin negara yang berbilang bangsa ketika negara mencapai kemerdekaan. Adalah tidak wajar jika kontrak sosial dianggap sebagai suatu diskriminasi kaum, sebaliknya ia menjadi satu formula terbaik bagi mewujudkan keseimbangan sosial di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Keamanan yang dikecapi rakyat sehingga ke hari ini merupakan jaminan kepada negara untuk terus maju ke hadapan.Kontrak sosial Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955. Sebahagian masyarakat bukan Melayu menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. 10 Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 bahawa kewarganegaraan diberikan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang. Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin pada masa itu, lebih sejuta orang bukan Melayu yang sebahagian besarnya imigran telah diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Permuafakatan telah dicapai untuk mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum dengan bahasa dan agama yang pelbagai yang diiktiraf dalam Perlembagaan. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem beraj 8 . KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS KONTRAK SOSIAL Kepentingan perlembagaan dalam sesebuah Negara yang dibina amat penting dalam membangunkan budaya perpaduan dikalangan masyarakat didalamnya. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 bahawa kewarganegaraan diberikan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang. Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin pada masa itu, lebih sejuta orang bukan Melayu yang sebahagian besarnya imigran telah diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Permuafakatan telah dicapai untuk mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum dengan bahasa dan agama yang pelbagai yang diiktiraf dalam Perlembagaan. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem beraja.Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Seterusnya, kita akan melihat sejauhmana kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidakmenjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia. 11 Perlembagaan juga bertujuan mengawal pergerakan kerajaan danrakyat.Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dandapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum. Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 5-13 dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undangundang. Oleh hal demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat di kawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin. Perlembagaan Malaysia turut menggariskan beberapa perkara untuk Yang di-Pertuan Agong bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Menurut Perkara 34(3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa- apa perusahaan komersil. Hal ini mengelakkan baginda mengunakan kuasa yang ada untuk mengaut keuntungan yang bersifat peribadi. Disamping itu, Perkara 40(1A) turut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, yang mengetuai jemaah menteri. Langkah ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah iaitu Yang di-Pertuan Agong. Sistem politik Malaysia adalah warisan sistem politik beraja telah wujud sekian lama. Justeru itu, sistem politik beraja telah dimaktubkan dalam perlembagaan tetapi diwujudkan dalam konteks Raja Berpelembagaan. Menurut Shamsul Amri Baharuddin(2007), perlembagaan bertujuan untuk menjamin kedaulatan institusi beraja, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan undang-undang melalui Perkara 181. Oleh hal demikian, kedaulatan raja-raja melayu akan dipertahankan dan menjadi simbol taat setia rakyat kepada institusi beraja. Di samping itu, melalui Perkara 10(4) turut menyatakan batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Melalui lunas-lunas perlembagaan ini, kemakmuran negara kita yang mempunyai pelbagai kaum akan sentiasa terjamin dan menjunjung institusi beraja yang wujud sekian lama. 12 Perlembagaan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalahkhususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Semua jenis undangundang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah. Sebarang masalah dalam penggubalan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.. Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnyakeadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang menghadkan kebebasan bercakap. 8.1. Agama Rasmi Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam. Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. 13 Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain. Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk: a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2). 14 8.2.Kedaulatan raja-raja Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British. Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan. Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen. Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 15 Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 8.3.Hak Keistimewan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untPerlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri. Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. 16 Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. (2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. 17 Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah denguk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan. Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan. 8.4. Bahasa Kebangsaan Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan: “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”[33] 18 Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut: (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa- (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.[34] 8.5.Kebebasan Individu Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan. Ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik---bukannya penindas rakyat ataupun penyekat kepada hak-hak dan kebebasan mereka. Bagaimanapun, seluruh hak dan kekebasan ini pastinya mempunyai had dan sekatan yang berpaksikan kepada soal ketenteraman awam dan keselamatan Had dan batasan ini diwujudkan selaras dengan sensitiviti, persekitaran serta komposisi rakyat Malaysia yang berbilang latarbelakang. Matlamatnya adalah untuk mengelakkan pertembungan, perbalahan, pertelingkahan dan konflik di kalangan rakyat di negara yang majmuk. 19 Had dan batasan kebebasan ini juga selaras dengan beberapa peruntukan di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948. Contohnya, Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan, setiap individu mempunyai hak kepada kebebasan bersuara dan pendapat. Tetapi, Perkara 29(2) deklarasi yang sama pula memaktubkan bahawa dalam melaksanakan seluruh hak dan kebebasan, setiap individu adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditentukan oleh undang-undang khusus. Sekatan-sekatan ini adalah bagi memastikan keperluan-keperluan yang saksama terhadap moraliti, ketenteraman awam dan kesejahteraan umum di dalam suatu masyarakat yang demokratik. Perkara 29(3) deklarasi berkenaan pula menegaskan bahawa seluruh hak dan kebebasan tidak boleh mencanggahi seluruh matlamat dan prinsip PBB. Menurut Piagam PBB, antara matlamat dan prinsip PBB adalah pengamalan toleransi dan kehidupan bersama secara aman; bersatu memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa; menghapuskan seluruh ancaman kepada keamanan; pemansuhan tindakan-tindakan ganas; dan bertindak selaras dengan undang-undang antarabangsa untuk meleraikan persengketaan atau lain-lain tindakan yang menjejaskan keamanan. Perkara 30 deklarasi yang sama pula memaktubkan bahawa tiada peruntukan dalam Deklarasi yang boleh ditafsirkan sebagai menggambarkan sesebuah negara, kumpulan atau individu mempunyai hak untuk melakukan apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa tindakan yang bertujuan untuk menghancurkan seluruh hak dan kebebasan yang termaktub dalam deklarasi. Huraian di atas membuktikan bahawa kebebasan yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat adalah kebebasan yang terhad, bersyarat, mempunyai batas dan mempunyai sekatan. 20 Hakikat ini kurang diketahui oleh masyarakat umum. Ini kerana pihak-pihak yang mendakwa diri mereka sebagai juara kebebasan sengaja menyembunyikan fakta-fakta ini supaya masyarakat umum dapat dikelirukan bahawa kebebasan mereka---termasuk kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun secara aman---adalah kebebasan yang hakiki dan tanpa batas atau sekatan. Huraian di atas juga membuktikan bahawa nilai-nilai teras yang dititikberatkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan oleh PBB adalah kesusilaan, kesejahteraan, ketenteraman, keamanan, keselamatan, kesaksamaan, toleransi, serta pemeliharaan hak dan kebebasan manusia daripada kemusnahan. Kesimpulannya, hak dan kebebasan setiap insan manusia, walau di mana mereka berada, waimah di Malaysia, adalah terhad dan terbatas. Had dan batasan ini pula bukan disebabkan pihak yang mengenakan sekatan adalah tidak demokratrik. Sebaliknya kerana pihak yang mengenakan sekatan adalah bertanggungjawab untuk memelihara serta mempertahankan ketenteraman awam, keselamatan masyarakat, keselamatan nasional dan kelangsungan negara. 9.KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL DALAM HUBUNGAN ETNIK. Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia. 21 Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk merialisasikan sebuah negara bangsa Malaysia, sesuatu dasar yang mempunyai tujuan menyatupadukan pelbagai bangsa harus dibentuk. Kerajaan harus merancang dasar pembangunan negara yang berobjektifkan yang dapat membentuk persepaduan rakyat, pengukuhan perpaduan bangsa dan sebagainya agar kesinambungan objektif dasar-dasar perpaduan tersebut dapat membentuk dan seterusnya dapat mengukuhkan perpaduan negara bangsa tersebut. Dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik, dan ekonomi secara yang seimbang dan adil bagi semua kaum (Shamsul Amri Baharuddin : 2007). Oleh yang demikian, keseimbangan dan keadilan terhadap semua kaum amat penting agar tidak berlaku perselisihan faham antara kaum. Dasar-dasar yang dipilih adalah untuk melihat kepada tahap pencapaian usaha kerajaan sehingga perpaduan rakyat dapat dicapai dan diperkukuhkan. 22 9.1 Dasar Ekonomi baru (DEB). Dasar pecah perintah oleh british mewujudkan jurang pengelasan kaum seterusnya menghalang interaksi antara kaum menjadi antara punca utama peristiwa 13 mei 1969. Sejak 1957 sehingga 1960, pembangunan ekonomi telah dipengaruhi oleh kuasa pasaran. Walaupun kadar pertumbuhan ekonomi amat baik, namun disebabkan oleh pengagihan tidak seimbang telah mewujudkan satu jurang antara kaum. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai petani, masih ramai dan mundur, manakala kaum cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat (www.isis.org.my : 1 September 2009). Penyusunan bangsa yang dilakukan telah mewujud ketidak seimbangan pendapatan ekonomi masyarakat, yang menetap dibandar semakin kaya, sedangkan yang menetap dikawasan pembangunan tidak dapat membangunkan ekonomi mereka dengan disebabkan oleh faktor persekitaran. Justeru itu, DEB dikenalkan pada tahun 1970 selepas belakunya peristiwa rusuhan pada tahun 1969. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata ialah untuk penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Usaha yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi pendapatan golongan miskin dan penduduk di kawasan luar bandar, miningkatkan lagi tahap kemodenan dalam sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran dikalangan penduduk kawasan luar bandar serta menambahkan lagi pegangan ekuiti korporat Bumiputera. Hal yang demikian dilakukan agar dapat merapatkan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, kerana jurang yang wujud ketika itu telah memisahkan persepaduan serta dapat mewujudkan sikap buruk sangka antara bangsa. Ketetapan peratusan turut ditentukan oleh kerajaan terhadap kuota pegangan ekuiti korporat dan peratusan pekerja. Sasaran juga ditetapkan iaitu 30 % pegangan ekuiti korporat oleh Bumiputera, penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30 % daripada bilangan pekerja mestilah Bumiputera (www.isis.org.my : 1 September 2009). 23 Tindakan yang dilakukan ini adalah untuk memastikan bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera harus ada dalam pegangan ekuiti korporat dan peningkatan pendidikan dengan menyambung pelajaran di universiti agar masyarakat Bumiputera dapat bersaing dan meningkatkan tahap ekonomi seperti kaum-kaum lain yang menetap di bandar. Peningkatan taraf hidup ini dapat merapatkan jurang antara masyarakat dan dapat membentuk satu bangsa negara Malaysia yang bersatu padu. DEB yang digubal oleh kerajaan juga jelas sekali untuk meningkatkan pendapatan masyarakat Bumiputera yang jelas dilihat amat miskin ketika itu. Memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah, mempertingkat penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan(Shamsul Amri Baharuddin : 2007). Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) iaitu pada tahun 1986 sehingga 1990 yang masih meneruskan DEB menunjukan bahawa keberkesana dasar tersebut dan perlu dikekalkan sehingga hari ini. Dalam Rancangan Malaysia Kelima ( RML 1986-1990) langkah membasmi kemiskinan memerlukan pendekatan mikro iaitu menumpukan kepada keluarga dan kampung( Wan Azmi Ramli : 1993). Strategi yang digunakan untuk membasmi kemiskinan ialah dengan menghantar agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk terus ke kampung-kampung untuk melihat individu-individu yang ditakrifkan sebagai golongan termiskin. Kemiskinan yang wujud ketika ini tidak sama dengan kemiskinan dua dekad yang lalu, ia tidak terhad kepada kemiskinan fizikal tetapi juga mental ( Wan Azmi Ramli : 1993). Selain itu juga dapat dilihat bahawa pada tahun 2005 telah menunjukan kejayaan yang dicapai oleh DEB iaitu penurunan terhadap kadar kemiskinan dan peningkatan kepada taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005(www.isis.org.my : 1 September 2009). Pendapatan penduduk di luar bandar telah meningkat dan seterusnya dapat mengurangkan pengangguran. Kemudahan asas yang telah wujud seperti jalan raya, sekolah dan sebagainya telah menunjukan peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar. Hal ini telah menunjukan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar semakin rapat, 24 usaha kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat untuk mencapai negara bangsa Malaysia semakin tercapai. Selain itu, pegangan ekuiti korporat Bumiputera turut meningkat dari 2.4% pada 1970 kepada 19% pada tahun 2000 (www.isis.org.my : 1 September 2009). Walaupun capaian tidak mencecah sehingga 30 %, namun peningkatan yang dilihat dari tahun 1970 sehingga 2000 dapat menunjukan bahawa usaha kerajaan telah membuahkan hasil yang agak ketara. Pengagihan ekonomi yang seimbang amat penting demi mewujudkan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu, sejarah peristiwa hitam 13 mei 1969 membuktikan bahawa perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati keseimbangan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Oleh yang demikian, usaha DEB sangat penting dalam mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan inilah yang akan membentuk sebuah negara bangsa Malaysia. 9.2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar kebudayaan kebangsaan (DKK) merupakan asas daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, pembentukan kebudayaan yang nasional amat penting agar dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Sebagai usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa perlu ada persefahaman antara kaum-kaum yang terdapat dinegara kita. Hal ini kerana dengan cara mengenali budaya kaum lain dan menghormati dengan apa yang mereka amalkan dapat mewujudkan keamanan di negara kita. Perselisihan faham yang berlaku adalah disebabkan oleh sikap kepentingan diri sendiri dan sikap tidak menghormati kaum lain serta iri hati yang wujud disebabkan oleh berbeza kepercayaan. Dalam setiap penggubalan dasar, objektif amat diutamakan kerana dengan penetapan objektiflah kita dapat melihat tahap pencapaian dasar tersebut. Antara objektif DKK mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan, memperkayakan dan mempertingkatkankualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi (www3.pmo.gov.my: 1 september 2009). Oleh itu, dapat diteguhkan bahawa matlamat yang cuba dicapai oleh dasar tersebut ialah untuk mewujudkan lagi kesepaduan antara kaum dinegara kita. Dalam memastikan DKK dapat bergerak baik, 25 kerajaan telah menetapkan tiga prinsip utama dalam pembentukan budaya Malaysia. berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal (Melayu) rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar dan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan (http://momentumuiam.blogspot.com: 1 september 2009). Dasar ini akan menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, rantau ini sebagai pusat pemancaran, pengembangan dan warisan kebudayaan melayu. Kebudayaan melayu sebagai teras kepada kebudayaan kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima, unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yg sesuai dan wajar diberi pertimbangan dan penerimaan dalam Kebudayaan. Tidak bercanggah dengan perlembagaan dan prinsip Rukun Negara dan agama. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi serta nilai-nilai Islam yang telah sedia dibawa oleh sebahagian besar rakyat. Antara strategi dan perlaksanaan yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat dan objektif DKK ialah meningkatkan taraf dan kualiti kesenian melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya, memperbanyakkan pertunjukan kebudayaan untuk memupuk perasaan bangga selain menarik menat masyarakat, memupuk kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik-etnik Malaysia bagi melahirkan semangat nasionalisme Malaysia, memberi latihan dan bimbingan kepada peminat-peminat kebudayaan, dan menyelidik di samping memulih dan memelihara kebudayaan agar tidak hilang ditelan zaman ( Wong Khek Siang: 2004). Antara perlaksanaan yang dilakukan pihak kementerian ialah melakukan penyelidikan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti pengajuran program kebudayaan akan dilakukan bersama kompleks Budaya Negara, muzium negara, jabatan arkib negara dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Hasil daripada uasaha yang dijalankan oleh kerajaan ini pelbagai pencapaian dapat dicapai seperti identiti kewarganegaraan dapat dilihat dalam perayaan-perayaan. Yang kedua ialah rrangkaian-rangkaian televisyen dan radio membantu menonjolkan lagi identiti kebangsaan. 26 Hasil usaha rangkaian media ini dapat mendidik setiap capaian khalayak untuk lebih memahami akan amalan dan budaya-budaya yang diamalkan oleh kaum lain seperti cara dan jenis makan, tarian, pakaian dan sebagainya. Selain itu ialah penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh di sekolah. Walaupun masih ada penggunaan bahasa Cina dan Tamil tetapi Subjek BM menjadi subjek wajib untuk lulus SPM. Oleh yang demikian, dapat dinilaikan bahawa DKK merupakan dasar yang relevan kerana banyak progam yang dijalankan mendapat sambutan rakyat, identiti negara dapat diwujudkan secara beransur-ansur. Hasil usaha mulia kerajaan ini dilihat sebagai didikan dan pengenalan budaya-budaya kaum lain terhadap kaum tertentu. Melalui cara ini budaya Malaysia dapat dibentuk kerana tidak semestinya budaya asing melanggar landasan agama Islam. Tindakan ini dapat mewujudkan persefahaman antara kaum dinegara kita, seterusnya mewujudkan perpaduan yang bakal membentuk sebuah negara bangsa. 27 10.RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Mahani Zainal Abidin.1 September 2009.Pembangunan Keseimbangan dengan Dasar Ekonomi Baru di Malaysia. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=538 http://momentumuiam.blogspot.com/2008/07/ kontrak-sosial-dan-dasar-kebudayaan.html Mohamed Suffian Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shamsul Amri Baharuddin.2007. Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). MASKHA SDN BHD. Kuala Lumpur. Wan Azmi Ramli.1993. Dasar Awam Di Malaysia. Jilid 1. Golden Books Centre Sdn Bhd. Syarikat Percetakan Ihsan, Kuala Lumpur. Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned (1992). Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Hashim Yeop A. Sani (1990). Bagaimana Undang-undang Kita Diperbuat. Selangor . Dewan Bahasa dan Pustaka K.C Wheare. (1993). Perlembagaan Moden. Selangor Darul Ehsan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mardiana, Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur. Maskha Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. S.M. Mohd Noor Alam bin S.M. Hussain (1988). Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 28 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.PENGENALAN 1 1.1.Sejarah Perlembagaan Malaysia 1 2.DEFINISI PERLEMBAGAAN 2 3.KONSEP PERLEMBAGAAN 2 4.POLITIK DALAM PERLEMBAGAAN 4 5.UNSUR –UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN 7 6.KEPENTINGAN EKONOMI DALAM PERLEMBAGAAN 8 7.HUBUNGAN SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN 10 8.KEPENTINGAN DALAM PERLEMBAGAAN 11 8.1.Agama Rasmi 13 8.2.Kedaulatan raja-raja 15 8.3.Hak keistimewaan 16 8.4.Bahasa Kebangsaan 18 8.5.Kebebasan Individu 19 9.KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 21 9.1.Dasar Ekonomi Baru 23 9.2.Dasar Kebudayaan Kebangsaan 25 10.RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 28 5. UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL Unsur-unsur ini sangat penting untuk difahami dalam usaha mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman pelbagai kaum ke arah perpaduan. Unsur tradisi ini juga adalah satu “kontrak sosial” yg telah disepakati semasa penggubalan perlembagaan.Unsur tradisi ini meliputi: bahasa, agama, pemerintahan beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak Unsur tersebut telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957 dan berperanan menstabilkan politik negara. Dalam unsur tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Pembentukan Malaysia pd tahun 1963 memberi satu lagi dimensi kepada hubungan etnik di Malaysia. Kedudukan kaum-kaum bumiputera di kedua-dua negeri ini diberikan status yang sama sebagaimana orang-orang Melayu, mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153. Namun hak istimewa ini dilindungi dengan cara tidak menafikan kedudukan yang sah kaum-kaum lain. Kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri-negeri berkenaan – Pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak. Ini menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-raja berhubung kedudukan orang-orang Melayu. 7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan