Khamis, 30 Ogos 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 2

Tarikh                         : 1 September 2012
Waktu                         : 60 minit
Masa                          : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Kelas                          : 2 Delta Palma
Bilangan murid        : 15 orang
Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tema                          : Buah-Buahan
Tajuk                          : Membina dan Menulis Huruf,Suku Kata dan Perkataan.


Fokus Utama
Standard kandungan
(kemahiran)
3.0
Mengenal dan menulis huruf  yang betul secara didik hibur
Aras 1(i)
Standard pembelajaran
3.1.1
Mengenal dan membunyikan vokal dengan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
Standard kandungan
(kemahiran)
3.2
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi.
Aras 2(i)
Standard pembelajaran
3.6
Menulis huruf vokal, suku kata dan perkataan dengan betul






1

Objektif :
Pada akhir pengajaran,murid berupaya
1.Menama dan menulis huruf kecil ‘e ,’o, ‘m, ‘s dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa  yang indah dengan irama didik hibur.
2.Membina  dan menulis suku kata terbuka KV gabungan huruf konsonan yang telah dipelajari dengan ejaan yang betul.
3.Boleh membunyikan suku kata terbuka KV dan menulis KV dengan betul.

Pengisian kurikulum :
1.Ilmu  : Kajian Tempatan,Sains
2.Nilai  : Menghargai Anugerah Tuhan
3.KBT:KB – Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan

Sistem Bahasa :
1.Kata Nama am
2. Kosa Kata

Bahan Bantu Mengajar/Media:
1.Kad Gambar,kad Perkataan,Petikan
2.video dari internet
3.Slide Power Poin

Pengalaman Sedia Ada Murid:
Sering kali melihat buah-buahan yang terdapat dipersekitaran tempat tinggal dan tahu membezakan buahan tempatan dengan buahan luar Negara.



2


Langkah/masa

Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

catatan




Set induksi
( 5 minit )

Video
Lagu Oh Buah Durian
Ø  Soal jawab mengenai video

1.guru menayangkan satu video yang bertajuk “Oh Buah Durian”

2.bersoal jawab mengenai gambar yang terdapat dalam video tersebut.

BBM
Video

KBT
KB-membuat gambaran

BCB-kemahiran mendengar

PK-
Ilmu:pendidikan sivik,sains.


Langkah 1

( 10 minit )

Pamerkan gambar berkaitan tajuk








1.guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar.

2.murid bercerita mengenai pengalaman masing-masing tentang musim buahan dikampung

3.murid membaca suku kata berdasarkan kad-kad gambar

4.murid memadankan suku kata dengan gambar buah.


BBM
Slide power poin

KBT
KB- Meramal,
 Membuat gambaran

PK
Nilai-menghargai
Kurniaan tuhan




3



Langkah  2
( 15 minit )

Edarkan petikan
Pendek

Membaca dan berbincang


1.guru mengedarkan petikan teks kepada murid

2.guru membimbing murid membaca petikan secara kelas dan individu.

3.murid membaca secara latih tubi suku kata terbuka

4.membina ayat sendiri berpandukan gambar.

KBT
BCB-Bacaan mekanis

Nilai- kerjasama

Ilmu-pendidikan moral

BBM-lampiran petikan

Langkah 3
( 15 minit )

Bina ayat

Membaca suku kata kvk

Mengecam suku kata kvk ,kvkv


1.guru meminta murid mengecam dan membaca suku kata terbuka

2.berbincang dengan murid huruf-huruf yang terdapat dalam kvk

3.murid diminta mengecam dan memadankan perkataan dengan gambar buah.

4.murid diminta membina ayat yang mengandungi frasa yang betul.

5.murid membaca dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan bahan petikan.

Nilai –
Bertatasusila

EMK-
Kreativiti dan inovasi
Tindakan

Sistem Bahasa
Ayat majmuk,
Kata hubung



4



Langkah 4
( 10 minit )

Menjawab soalan

Bina ayat

Padanan dengan
Gambar

Perbezaan
maklumat

1.guru mengedarkan setiap lembaran kerja yang disediakan.

2.murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kemahiran

3.menjawab soalan berdasarkan

1.Pentaksiran –murid membaca ayat dan membezakan maklumat yang betul dalam ayat dengan menandai tanda  ( / ) pada yang betul.

2.Pengayaan – murid membaca frasa yang diberi dan membina ayat yang sesuai dengan frasa tersebut.

3.Pemulihan- murid membaca suku kata dengan sebutan yang betul dan memadankan dengan gambar




BBM –
Slide power
Poin

 Lembaran kerja


Nilai –
Rasional

KBT: KB
Banding Beza


Nilai –
Kerajinan

Berdikari



Penutup
( 5 minit )

Tayangan video

Nyanyian
Musim buah-buahan

Membuat rumusan

1.murid melihat video yang ditayangkan

2.murid menyanyi bersama-sama berpandukan video.

3.guru memberi rumusan mengenai tajuk pengajaran yang disampaikan.


BBM –
Video lagu
Musim buahan

PK: Nilai
Menghargai kurniaan Tuhan

Ulasan Pensyarah Pembimbing:……………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….
5

LEMBARAN KERJA 1
Arahan lukiskan buah berdasarkan soalan
1.    Buah  jambu warna merah       =  


2.    Buah ciku rasa manis                =



3.    Buah betik banyak biji              =


4.    Buah duku warna kuning         =



5.    Kulit Durian sangat licin          =


6.    Buah rambutan tiada biji        =



7.    Buah nanas daun tajam            =












LEMBARAN KERJA 2

Arahan : bina ayat berdasarkan perkataan dibawah.

1.         Jambu batu  :______________________________________________
                               
                           _______________________________________________



2.    Buah manggis :________________________________________________
                          
                           ________________________________________________




3.    Buah betik :____________________________________________________
                  
                    _____________________________________________________
 


4.    Buah ciku :_____________________________________________________
 

                    _____________________________________________________



LEMBARAN KERJA 3
Arahan: padankan perkataan dengan gambar.


jambu
 


rambutan

nona

ciku

duku
1.

 

2.



 

3.



 

4.


 


5.



manggis
 



6.

Rabu, 22 Ogos 2012

Mari Berfikir

zaman sekarang penuh cabaran dan dugaan,mari berfikir bagaimana hendak membenteras segala salah laku anak-anak muda kita masa dan saat ini.salah asuhankah?,salah didikkah?ataupun salah siapa?...marilah kita fikir sejenak untuk menghuraikan batas-batas...yang lurus tapi penuh dengan liku-liku tajam kehidupan.

Rabu, 15 Ogos 2012

SAYA SEBUAH KOMPUTER

Hai kawan kawan pernahkah dengar nama Acer,Tohsiba,Comport dan berbagai nama lagi.Kalau kawan-kawan pernah dengar,mari saya ceritakan kisah hidup saya di sini.
       Nama saya ialah acer,saya di buat di salah sebuah kilang diShah Alam.Mula-mula isi perut saya dicampur adukkan dengan berbagai cip yang amat halus,terasa geli ketika badanku di belek-belek..Selepas itu urat-urat badan ku pula disambung .terasa sakit juga sewaktu aku diproses.Sewaktu tiba masa aku dipasangkan muka baru,aku berasa amat cantik kerana semua orang akan melihat rupaku.Badanku pula berwarna hitam kelabu,warna kegilaan anak remaja katakan.Aku di masukkan kedalam sebuah beg yang berwarna hitam.Aku dibawah dengan kawan-kawan yang lain menaiki sebuah lori.Tiba disebuah kedai aku dan kawan-kawan diturunkan lalu di simpan disebuah bilik yang sejuk tapi gelap.
        Aku terbangun bila terasa ada tangan yang menarik telingaku.Rupa-rupanya hari sudah siang.Kami diletakkan di setiap meja pameran.