Rabu, 15 Ogos 2012

SAYA SEBUAH KOMPUTER

Hai kawan kawan pernahkah dengar nama Acer,Tohsiba,Comport dan berbagai nama lagi.Kalau kawan-kawan pernah dengar,mari saya ceritakan kisah hidup saya di sini.
       Nama saya ialah acer,saya di buat di salah sebuah kilang diShah Alam.Mula-mula isi perut saya dicampur adukkan dengan berbagai cip yang amat halus,terasa geli ketika badanku di belek-belek..Selepas itu urat-urat badan ku pula disambung .terasa sakit juga sewaktu aku diproses.Sewaktu tiba masa aku dipasangkan muka baru,aku berasa amat cantik kerana semua orang akan melihat rupaku.Badanku pula berwarna hitam kelabu,warna kegilaan anak remaja katakan.Aku di masukkan kedalam sebuah beg yang berwarna hitam.Aku dibawah dengan kawan-kawan yang lain menaiki sebuah lori.Tiba disebuah kedai aku dan kawan-kawan diturunkan lalu di simpan disebuah bilik yang sejuk tapi gelap.
        Aku terbangun bila terasa ada tangan yang menarik telingaku.Rupa-rupanya hari sudah siang.Kami diletakkan di setiap meja pameran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan